Monday 24 February 2014

BERINGAT sebelum Terlambat!

Assalamualaykum wbt :)

Hari ni, Awla nak share satu artikel mengenai tajuk di atas. Awla rasa perkara ni dah lama keluar kat paper, tapi 
saje nak kongsi  kat sesiapa yang tak tau lagi pasal ni dan pada mereka dan diri ini juga yang  SERING TERLUPA (: maklumlah, handphone merupakan satu benda yang mana pada zaman sekarang ni, ia terlalu penting untuk semua generasi bermulalah dari peringkat kanak2 lagi, iyalah zaman sekarang ni, kanak2 umur 4, 5 tahun pun dah ada handphone sendiri. 

Ok. Straight to the point,  tau tak kesihatan kita telah diancam oleh radiasi telefon bimbit. Memang la kita tak nampak radiasi cuma radiasi ni adalah sejenis partikel yang SANGAT HALUS dan tidak boleh dilihat melalui mata kasar. Ianya boleh digunakan dalam Rawatan X-Ray, merawat kanser tumor dan macam2 lagi. Tapi radiasi ni boleh membunuh sesiapa sahaja dan  salah satunya seperti yang Awla maklumkan.

ADAKAH TELEFON BIMBIT MEMBAHAYAKAN ??
Ya. Beberapa penyelidikan telah menunjukkan sinaran frekuensi radio daripada antena telefon bimbit "menyebabkan kerosakan genetik dalam darah manusia", sementara satu kajian kes lagi mendapati "peningkatan statistik yang signifikan" bagi tumor otak neuro-epitelium di kalangan pengguna telefon bimbit.

Dalam tahun 2004, satu kajian terhadap 750 orang yang dilaksanakan oleh Karolinska Institute di Sweden mendapati bahawa penggunaan telefon bimbit selama 10 tahun dan ke atas meningkatkan risiko "Tumor telinga".

APAKAH KESAN-KESAN PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT DENGAN TERLALU KERAP ??

1. Telefon Bimbit 'Merosakkan Sel-sel Darah'

Sinaran telefon bimbit boleh merosakkan sel-sel darah dengan meningkatkan tekanan sesama mereka.  

2.Telefon Bimbit 'Mengubah DNA Manusia'

Kajian makmal menunjukkan bahawa gelombang radio daripada telefon bimbit boleh mengancam sel-sel badan dan merosakkan DNA. 

 3.Telefon Bimbit boleh Mempengaruhi Kualiti Sperma - kata penyelidik

Jika telefon bimbit disimpan dalam poket dan dibiarkan dalam mod cakap akan merendahkan kualiti sperma,
dan menyebabkan seseorang lelaki mengalami mati pucuk. 

4.Kajian: Radiasi dari Telefon Bimbit Merosakkan Daya Ingatan

Pendedahan terhadap sinaran telefon bimbit memburukkan daya ingatan jangka pendek tikus. 

5.Barah Otak Dikaitkan Dengan Penggunaan Telefon Bimbit di Kalangan Anak Muda (TAKE NOTE!)

Sekumpulan saintis antarabangsa menyeru Kanada dan negara-negara lain untuk menggubal standard keselamatan yang lebih ketat terhadap penggunaan telefon bimbit selepas didapati risiko menghidap tumor malignan otak melonjak lima kali ganda dalam kanak-kanak yang mula menggunakan telefon bimbit sebelum usia 20.
  
Buktinya? Meh tengok ni. (: 
*(Picture 1)
 

Satu ujikaji radiasi telefon bimbit ke atas telur telah dijalankan. Bahan yang digunakan sebiji telur dan dua buah telefon bimbit. Persediaan adalah seperti gambar di bawah: 

Panggilan di antara dua telefon diaktifkan untuk tempoh selama lebih kurang 65 minit. Hasilnya seperti berikut:

15 minit - tiada apa yang berlaku.
25 minit - telur mulai panas.
45 minit - telur telah panas.
65 minit - telur telah masak.

*(Picture 2)

Rumusan: Radiasi dari telefon bimbit mampu untuk mengubah protein telur. Bayangkan apa yang ia dapat buat kepada protein otak anda apabila anda berbual untuk tempoh yang panjang menggunakan telefon bimbit. Ana mengingatkan diri ana  dan sahabat2 sekalian agar jangan berbual lama-lama melalui telefon bimbit.

Oleh tu, kepada semua pengguna telefon bimbit, jagalah kesihatan kita semua.
Janganlah kerap sangat menggunakan telefon bimbit. Silap haribulan takut jadi mangsa macam kat bawah ni. nauzubillah!

 *(Picture 3)
-Barah otak-

Moga ianya memberi manfaat pada kita semua, insha ALLAH..
wallahu a'lam.

"Mencegah itu lebih baik dari Merawat"

Resourse : infosihat.com


Regards,

0 comments:

Post a Comment